Saturday, 31 May 2014

WARKAH 1

assalamualaikum makmum.....

                    kali pertama aku mengenalimu aku merasakan suatu getaran yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. suatu getaran yang mampu menyekat nafasku. apabila aku mendengar suaramu suatu getaran yang mampu menggegarkan jiwaku. gelombang auramu membuat aku tak keruan memikirkan dirimu.

                    tiap kali kita berbicara aku merasa keakraban kita. setiap kata-katamu mampu mengubati segala rinduku padamu. tiap tuturmu akan aku nantikan kerana kau seorang yang petah berkata-kata dan pastinya membuatkan aku tidak jemu mendengar.

                    menatap wajahmu tidak pernah buat aku rasa jemu bahkan ia bertambah rindu. wahai makmumku, izinkan aku menyimpan raut wajahmu yang ayu itu didalam lelapan mataku kerana didalam gelap gelita aku masih mampu mengingati setiap sudut wajahmu. ini bermakna engkau sudah kekal dalam hatiku.

wahai makmumku...

                    izinkan aku menulis warkah cinta buatmu tatkala aku merasa rindu dan bila aku teringat padamu. aku jadikan warkah cinta ini sebagai tatapan buatmu jikalau engkau juga merindui aku. kini aku namakan nurkilan aku ini sebagai :

                WARKAH CINTA BERBAUR SYURGA BUAT DIRIMU....................


salam ikhlas daripada...

imammu

No comments:

Post a Comment