Monday, 2 June 2014

WARKAH 3


        assalamualaikum makmum,

                 kali ini aku biar matamu tatap warkahku, bibirmu menyebut isi hatiku. aku tahu kau mungkin penat seharian memandu. rebahkanlah tubuh dan tenangkanlah fikiranmu. aku biarkan nurkilanku mengisi ruang langitmu. saat kau baring kau akan terpandang warkahku ini.

sayangku...

               4 tahun yang lalu, masa tidurku dipenuhi suaramu ditemani dirimu kini malamku sunyi. tidak sesekali aku lupakan setiap saat yang aku lalui kerana dirimu. jika dulu aku akan pastikan suaramu akan aku dengari dahalu sebelum mataku pejam. aku biarkan kau ganggu tidur tatkala kau amat memerlukan aku. aku biarkan kau ganggu masa belajarku kerana aku rindu nak dengar suaramu. tidak pernah aku jemu mendengar setiap bebelan yang kau lontarkan.

bidadariku...

              4 tahun yang lepas, bagun tidurku kau yang kejutkan. kau akan pastikan aku bagun subuh, kau sendiri yang akan memastikan aku solat subuh. kini subuhku sunyi. tiada deringan pada telefon aku lagi. tidur malamku juga sunyi kerana tiada lagi. suara-suara yang mengganggu aku. 


   when my phone was ringing, then the light was lighted up i really hope that was a call or text from u.

    kini hidupku sunyi wahai sayangku...


ikhlas daripada,

pemilik vila

No comments:

Post a Comment